Sekolah Kebangsaan Jitra terletak di tengah-tengah bandar Jitra yang merupakan sebuah bandar satelit yang sedang pesat membangun. Sekolah yang dibangunkan sejak lebih seratus tahun yang lalu sedang dihimpit oleh pembangunan pesat bandar Jitra. Sekolah Kebangsaan Jitra terletak kira-kira 20 km dari Bandaraya Alor Setar dan 30 km dari bandar Kangar. Manakala jarak dari sempadan Thailand pula kira-kira 30 km.
Kedudukannya di tengah-tengah pusat bandar dan ditambah pencapaian prestasi akademik pelajar yang cemerlang pada setiap tahun telah menjadikannya tumpuan ibu bapa sebagai sebuah sekolah pilihan untuk anak-anak mereka.
Sekolah Kebangsaan Jitra telah didirikan pada tahun 1906 Masihi dengan nama Sekolah Melayu Jitra. Sebelum terdirinya sebuah bangunan yang dibina dengan bantuan Pejabat Pelajaran Kedah pada tahun 1906, penduduk sekitar Jitra telah menghantar anak-anak mereka secara sendirian untuk diajar di bahagian bawah rumah En.Yaakub di Tanjung Pauh iaitu sebuah kampung yang berdekatan dengan Jitra. En.Yaakub merupakan seorang tokoh pendidik tempatan. Beliau juga merupakan salah seorang tenaga pengajar semasa sesi persekolahan diadakan di rumahnya.
Akibat daripada pertambahan murid, maka Encik Yaakub dengan bantuan penduduk setempat telah bergotong-royong mendirikan sebuah bangunan kayu di Kampung Tanjung Pauh.
Keadaan bangunan binaan penduduk kampung ini lebih selesa daripada belajar di bawah rumah. Namun begitu tiang bangunan ini hanyalah diperbuat dari kayu-kayu bulat sahaja. Dindingnya dari buluh manakala bumbungnya beratapkan rumbia. Bangunan ini cuma berlantaikan tanah. Peralatan kerusi dan meja pula diperbuat daripada kayu-kayu bulat.
Menjelang tahun 1905, bangunan binaan kayu penduduk kampung ini telah tidak dapat lagi menampung jumlah murid yang semakin bertambah ramai. Masyarakat di Jitra ketika itu telah mulai sedar tentang kepentingan pelajaran terhadap anak-anak mereka.
Dengan usaha En.Yaakub bersama beberapa orang penduduk kampung, mereka telah memohon kepada Pejabat Pelajaran Kedah agar dapat menangani masalah ini. Akhirnya pihak Pejabat Pelajaran Kedah telah bersetuju dan membina sebuah bangunan sekolah di atas tanah seluas 5 relung di Pekan Jitra pada tahun 1906. Tapak bangunan tersebut masih lagi kekal dan dijadikan asas Sekolah Kebangsaan Jitra sehingga kini
Last Updated on Friday, 06 April 2012 21:32
Enrolmen Sekolah 2012
Written by zainurin romli
Wednesday, 20 August 2008 18:11
Kod Sekolah
KBA 4009
Gred
A
Bil. Guru
63 orang
Bil. Bukan Guru
9 orang
Bil. Murid
726 orang
BANGSA /
TAHUN
MELAYU
CINA
INDIA
LAIN
JUMLAH
PRA-SEKOLAH
50
0
0
0
50
TAHUN 1
95
0
0
0
95
TAHUN 2
97
0
1
0
98
TAHUN 3
117
0
1
2
120
TAHUN 4
122
0
0
1
123
TAHUN 5
122
0
1
1
116
TAHUN 6
122
0
0
2
124
JUMLAH
717
0
3
6
726
Last Updated on Wednesday, 06 March 2013 09:33
Lagu Sekolah
Written by zainurin romli
Saturday, 07 July 2007 17:54
SKJ Sekolah Yang Tercinta Telah Berjaya Dan Berjasa Kepada Bangsa Dan Negara Sentiasa Maju Jaya
SKJ Tempat Mendidik Kita Taman Asuhan Anak Bangsa Semoga Kita Kan Berjaya Dalam Membangun Negara
Mari Kita Sama-Sama
Bina Bangsa Malaysia
Mari Kita Terus Maju
Dengan Semangat Bersatu
Kuatkan Semangat Kita Semua Buktikanlah Kemampuan Kita SKJ Lah Pelita Ilmu Bergerak Ke Mercu Jaya
Lirik : Murid-Murid Tahun 6 Merah 1988 Lagu : En.Abd.Razak Abd.Rahman
Last Updated on Monday, 02 April 2012 06:54
Pejabat JPN
Written by zainurin romli
Pengarah Pelajaran Negeri Kedah
Encik Mansor bin Lat
Tel : 7007661
Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah
Tuan Haji Rooslee bin Ismail, BCK.
Tel : 7007662
Written by zainurin romli
Saturday, 07 July 2007 17:54
VISI
Mencapai Sekolah Cemerlang Di Negeri Kedah Pada Tahun 2016