1996 - Johan Seri Cemerlang

1996 - Johan Seri Cemerlang (Kokurikulum) Daerah

1997 - Johan Seri Cemerlang (Disiplin) Daerah

1997 - Johan Seri Cemerlang (Kokurikulum) Daerah

1997 - Naib Johan Seri Cemerlang (Kokurikulum Negeri)

1998 - Naib Johan Sekolah Harapan Negara (Luar Bandar) KEBANGSAAN

1999 - Sekolah 4.2 Bintang Negeri

2000 - Sekolah 4.6 Bintang Negeri

2000 - Pertandingan Akhir Eureka Sains di Melaka (KEBANGSAAN)

2001 - Calon Sekolah Kualiti Menteri Pendidikan (Luar Bandar) KEBANGSAAN

2001 - Pertandingan Akhir Eureka Sains di Johor (KEBANGSAAN)

2002 - Pertandingan Akhir Eureka Sains di Negeri Sembilan (KEBANGSAAN)

2003 - Sekolah Elit Negeri

2003 - Ikmal Hisyam Bin Abdul Rahim mewakili Malaysia Ke Kejohanan Saitama International Junior Football Japan (ANTARABANGSA)

2003 - Johan Kejohanan Taekwando Kebangsaan Bawah 12 Tahun - Izzat Syafik Bin Moktar (KEBANGSAAN)

2005 - Bilik Kaunseling Lima Bintang (Negeri)

2005 - Johan Perkhemahan Puteri Islam Peringkat Negeri

2005 - Mewakili Negeri dalam Pertandingan Lalu Lintas (KEBANGSAAN)

2005 - Tempat Ke-4 (Lelaki) dan Ke-5 (Perempuan) Kejohanan Sofbol (KEBANGSAAN)

2006 - Kejohanan Sofbol MSSM (KEBANGSAAN)

2006 - Kejohanan Catur MSSM (Negeri)

2006 - Pertandingan Robotik Zon Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak

2007 - Kejohanan Olahraga MSSM Kedah – Peserta terbaik Kejohanan - Sheikh Ibrahim Bin Sheikh Ibram Shah (NEGERI)

2007 - Emas Acara Lontar Peluru MSSM - Sheikh Ibrahim Bin Sheikh Ibram Shah (KEBANGSAAN)

2007 - Johan Pertandingan Robotik Zon Kedah dan Perlis

2007 - Kejohanan Sofbol MSSM (KEBANGSAAN) – Tempat Ke 4

2007 - Pertandingan Akhir Robotik di Terengganu (KEBANGSAAN)

2007 - Tempat ke-2 Pertandingan Eureka Karnival Sains dan Teknologi Terengganu (KEBANGSAAN)

2007 - Seorang murid – Mohd.Hadi Bin Khiruddin mewakili Malaysia Ke Majlis kanak-kanak Sedunia di Fokuaka Jepun (ANTARABANGSA)


Online

We have 24 guests online

 

HDMI Converter
free-web-page-counters.com

Pusat Pengajian Tinggi








 

Boleh rayu semakan kertas UPSR PDF Print E-mail
Written by zainurin romli   

PUTRAJAYA - "Ibu bapa calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (USPR) anak mereka boleh membuat rayuan untuk semakan semula kertas peperiksaan," kata Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Pengarah LPM, Datin Nawal Salleh berkata, rayuan semakan dibuka sejak semalam dan boleh dibuat dalam tempoh sebulan dan menurutnya setakat ini LPM telah menerima 20 permohonan dan jumlah itu dijangka meningkat.

"Permohonan boleh dibuat melalui sekolah dan borang rayuan boleh dimuat turun melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan (lp.moe.gov.my) dan dipos semula kepada pihak kami.

"Bayaran sebanyak RM50 akan dikenakan bagi setiap mata pelajaran yang ingin disemak," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sidang media itu diadakan bagi memberi penjelasan mengenai keputusan UPSR 2016 yang diumumkan semalam selepas terdapat ibu bapa calon peperiksaan itu menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap format baharu peperiksaan itu.

Calon tahun ini merupakan kohort pertama yang menduduki peperiksaan itu di bawah format baharu UPSR sejajar pelaksa­naan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang turut menekankan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Mengulas mengenai bayaran RM50 itu, Nawal berkata ini kerana semakan semula  melibatkan beberapa proses rumit antaranya mencari transkrip peperiksaan calon dan melantik semula pemeriksa.

Beliau berkata, apa yang ibu bapa perlu tahu bahawa dalam format baharu UPSR, soalan yang diajukan adalah bagi melihat sama ada murid-murid boleh mempamerkan kemahiran berfikir atau tidak.

Katanya, KBAT merupakan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) untuk melahirkan modal insan yang berkualiti untuk dijadikan pemimpin masa hadapan serta mempunyai kemahiran berfikir.

"Oleh itu, Lembaga Peperiksaan membuat keputusan untuk memasukkan elemen kemahiran berfikir di dalam soalan-soalan peperiksaan (sejak 2011), yang bukan hanya tertumpu kepada UPSR, tetapi juga dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

"Soalan-soalan yang disediakan itu berpaksikan dalam melahirkan modal insan berkualiti berteraskan kepada empat aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek," katanya dan menjelaskan format peperiksaan UPSR telah tidak berubah hampir 10 tahun.

Nawal berkata, UPSR telah menjadi polemik kerana masyarakat hanya mahu melihat beberapa banyak A diperolehi anak mereka dan menurutnya peperiksaan bukan sekadar untuk menilai A yang diperolehi pelajar tetapi kecemerlangan daripada semua aspek.

Ditanya mengenai kebimbangan ibu bapa sekiranya anak mereka tidak dapat masuk ke sekolah berasrama penuh berikutan tidak memperoleh keputusan semua A, beliau berkata kriteria pemilihan memasuki sekolah itu akan disesuaikan dengan keputusan.

Dalam pada itu, Nawal turut menasihati guru agar menggunakan data seseorang murid untuk memberi tumpuan bagaimana untuk meningkatkan tahap kemahiran murid. - Bernama

 

 
Copyright © 2017 Sekolah Kebangsaan Jitra. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.



TEKAN PLAY UNTUK MENDENGAR RADIO SINAR.FM

<